fbpx

MAIWP agih RM707.97 juta dana zakat tahun lalu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar Hiasan.

PUTRAJAYA – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) mengagihkan sebanyak RM707.97 juta dana zakat sepanjang tahun lalu, berdasarkan laporan yang belum diaudit.

MAIWP dalam satu kenyataan berkata, agihan itu termasuk agihan menerusi 30 skim bantuan dan agihan menerusi institusi-institusi di bawah MAIWP.

“Menerusi 30 skim bantuan, MAIWP telah membantu secara keseluruhan sebanyak 198,227 penerima dengan jumlah paling tinggi adalah penerima Bantuan Kewangan Bulanan iaitu seramai 26,239 dengan jumlah bantuan sebanyak RM105.86 juta,” katanya.

Katanya, Bantuan Kewangan Bulanan membantu golongan asnaf fakir, miskin dan mualaf dengan menyalurkan bantuan tunai bulanan ke akaun bank penerima pada setiap 25 hari bulan.

Jelasnya lagi, bagi Bantuan Perubatan pula, ia telah membantu seramai 3,552 pesakit dengan jumlah agihan sebanyak RM26.23 juta.

Manakala bagi tujuan pendidikan, MAIWP telah membantu 56,512 pelajar bermula dari peringkat sekolah sehingga pengajian tinggi dengan jumlah agihan sebanyak RM52.63 juta.

“Sepanjang tahun lalu, seramai 7,491 orang pelajar atau pelatih di institusi MAIWP ini menerima manfaat zakat dengan jumlah agihan sebanyak RM12.2 juta.

“Zakat yang anda bayar MAIWP agihkan kepada mereka yang memerlukan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI