fbpx

Dua motosikal musnah, kereta 10 peratus terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua buah motosikal yang berada di parkir blok berkenaan musnah dalam kebakaran awal pagi tadi.

PETALING JAYA – Dua buah motosikal yang diletakkan di tempat parkir blok 11, Flat Taman Jinjang Baru, Kepong di sini hangus terbakar 100 peratus awal pagi ini.

Turut terbakar sebuah kereta yang diparkir bersebelahan motosikal tersebut namun kebakaran hanya melibatkan 10 peratus.

Komander Operasi Kanan, Penguasa Bomba Kanan II, Mohd Fadzlil Jamaluddin berkata, Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 4.07 pagi.

“Seramai 12 anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Jinjang dikejarkan ke lokasi bersama sebuah jentera FRT dan sebuah RRV.

“Setibanya jentera di lokasi, berlaku kebakaran melibatkan dua buah motosikal yang di parkir di blok 11 flat berkenaan dan kemusnahan kebakaran dianggarkan 100 peratus,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Jelasnya, sebuah kereta yang diparkir bersebelahan motosikal turut terbakar namun hanya melibatkan 10 peratus kerosakan.

“Bagaimanapun tiada mangsa yang dilaporkan terlibat dalam kejadian itu. Setakat ini punca kebakaran masih dalam siasatan,” ujarnya.

Katanya, operasi tamat sepenuhnya kira-kira pukul 4.41 pagi.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI