fbpx

Remaja perempuan rugi RM2,100 gara-gara IPhone

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
E. Sundra Rajan.

MELAKA – Seorang remaja perempuan ‘gigit jari’ apabila rugi RM2,100 gara-gara ingin membeli telefon bimbit jenis IPhone XS Max melalui laman sosial Instagram, minggu lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Melaka, Superintendan E. Sundra Rajan berkata, remaja itu yang juga merupakan seorang pekerja kilang tertarik untuk membeli telefon itu selepas harga yang ditawarkan jauh lebih murah berbanding harga pasaran.

“Mangsa telah berurusan dengan penjual menerusi aplikasi WhatsApp sebelum bersetuju untuk membeli telefon bimbit tersebut.

“Remaja perempuan itu kemudian telah membuat pemindahan wang berjumlah RM2,100 ke dalam dua akaun bank yang berbeza pada hari sama pada 5 Januari lalu,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Mengulas lanjut Sundra berkata, selepas membuat pemindahan wang, jurujual tersebut gagal dihubungi dan telefon bimbit juga tidak diterima seperti yang dijanjikan.

“Mangsa yang berasa tertipu kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Alor Gajah, semalam.

“Hasil semakan lanjut nombor akaun yang digunakan suspek mendapati akaun itu terlibat dengan tujuh laporan polis lain menggunakan modus operandi sama,” katanya.

Katanya, kea disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI