fbpx

Gegaran Band JOOX hangatkan 2021

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
IAMNEETA

PLATFORM penstriman muzik JOOX mempersembahkan projek terbaharu kepada peminat muzik tempatan menerusi siri JOOX Original ketiga, Gegaran Band.

Mengetengahkan barisan artis terbaik dalam industri tempatan, projek tersebut mengumpulkan beberapa buah kumpulan muzik terhangat untuk menghasilkan lagu-lagu terbaharu dan segar secara eksklusif dalam JOOX.

Mengikuti kejayaan dua siri projek yang terdahulu iaitu Super Producer dan Hip Hop Beats, Gegaran Band merupakan inisiatif platform penstriman berkenaan untuk memberi semangat kepada peminat bagi memulakan pembukaan 2021 dengan lebih bertenaga.

Antara kumpulan tempatan yang akan melancarkan hit terbaharu mereka secara eksklusif menerusi JOOX adalah Kugiran Masdo, IamNeeta, Caliph Buskers, Madam, One Avenue Band, Azarra Band dan Drama Band.

Semua lagu yang dilancarkan menerusi siri Gegaran Band dapat dinikmati secara eksklusif disusuli dengan pelancaran video muzik dalam pelantar YouTube artis-artis terlibat.

KUGIRAN Masdo membuka tirai siri Gegaran Band dengan lagu Lautan Asmara yang berkisar tentang cinta dalam diam terhadap seseorang.

Istimewa

Kumpulan pop rock Kugiran Masdo membuka tirai siri Gegaran Band menerusi lagu Lautan Asmara yang merupakan hasil ciptaan vokalisnya, Ali Sariah.

Sementara kumpulan IamNeeta pula mempersembahkan lagu Lampu Hijau yang dilancarkan secara eksklusif menerusi JOOX pada 29 Januari lalu.

Siri Gegaran Band akan berlangsung sepanjang Februari hingga Mac depan dengan persembahan trek terbaik yang dibawakan oleh kumpulan Madam pada 3 Februari, Caliph Buskers (5 Februari) dan One Avenue Band (26 Februari).

Sementara Azarra Band dan Drama Band akan melancarkan lagu terbaharu mereka dalam platform JOOX pada bulan Mac akan datang.

CALIPH Buskers menjadi antara band yang memeriahkan awal 2021 dengan single baharu.

Pengarah JOOX Malaysia, Angie Tan berkata, projek siri Gegaran Band direalisasikan selepas melihat sambutan luar biasa yang diterima menerusi pelancaran dua siri sebelum ini.

“Kami berasa teruja dengan barisan kumpulan pemuzik yang sangat berbakat untuk siri projek ketiga ini. Demi memeriahkan industri seni muzik tempatan, JOOX akan terus berusaha memastikan lebih banyak lagu-lagu asli tempatan akan dihasilkan bagi memenuhi kehendak peminat,” katanya.

Bukan sekadar menyajikan artis terbaik dan trek terhangat tempatan, bahkan juga daripada penyanyi antarabangsa, JOOX menyediakan lebih 30 juta lagu dari seluruh dunia.

Malah pendengar bukan sahaja boleh menikmati muzik, lagu dan album kegemaran semata-mata kerana JOOX turut menawarkan persembahan secara langsung di hujung jari pada bila-bila masa dan di mana sahaja.

Nikmati muzik berkualiti dengan muat turun JOOX menerusi Apple App Store dan Google Play Store atau layari laman web JOOX.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI