fbpx

589 ditahan ingkar SOP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Seramai 589 individu ditahan atas kesalahan ingkar prosedur operasi standard (SOP) dan daripada jumlah tersebut, 543 dikompaun, 42 individu direman manakala empat lagi dijamin.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Ismail Sabri Yaakob berkata, Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuat 71,836 pemeriksaan semalam, bagi memantau dan menguatkuasakan pematuhan SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Seramai 5,234 Pasukan Pematuhan melibatkan 16,195 anggota telah membuat pemantauan di 6,209 buah restoran, pasar raya (4,196), bank (4,063), penjaja (2,823), kilang (1,741) dan pejabat kerajaan (979).

“Turut dipantau ialah 1,146 terminal pengangkutan darat, terminal pengangkutan air (298) dan terminal pengangkutan udara (102),” jelasnya dalam satu kenyataan hari ini. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI