fbpx

KPT terajui dua Pasukan Petugas Khas dalam NEC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noraini (dua dari kiri) hadir mesyuarat NEC secara sidang video yang dipengerusikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini.

PUTRAJAYA – Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) diberi dua tanggungjawab menerajui Pasukan Petugas Khas dalam Majlis Pekerjaan Negara (NEC) yang akan dipikul bersama-dua kementerian lain.

Menterinya, Datuk Seri Noraini Ahmad berkata, KPT akan menerajui STF Pendidikan Kebangsaan bersama Kementerian Pendidikan (KPM) dan STF Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional bersama dengan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

Beliau berkata, perkara itu diumum pada mesyuarat NEC dipengerusikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin secara sidang video hari ini.

“Pada mesyuarat itu, KPT membentangkan dua kertas kerja tersebut yang memfokuskan kepada strategi jangka pendek dan panjang yang dirancang untuk dilaksanakan bagi kedua-dua Pasukan Petugas Khas,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Noraini berkata, NEC dibentuk bagi merealisasikan strategi menjana dan mengekalkan pekerjaan selaras dengan matlamat pertama Belanjawan 2021 iaitu ‘Kesejahteraan Rakyat’.

Beliau berkata, peranan aktif oleh pihak industri amat signifikan dalam membantu merangka strategi dan sasaran penempatan serta penciptaan pendapatan kepada graduan.

“Selain itu, kolaborasi strategik merentas kementerian yang disokong oleh keterlibatan pihak industri juga akan dilaksanakan secara berterusan.

“Ia bagi memastikan institusi pendidikan dapat merancang serta melatih pelajar dengan ilmu dan kemahiran yang memenuhi keperluan industri,” katanya.

NEC berperanan sebagai majlis tadbir urus tertinggi dalam penetapan dasar, pelaksanaan serta pemantauan strategi dan inisiatif kerajaan, khusus dalam mencapai sasaran mencipta lebih banyak peluang pekerjaan serta menangani isu pengangguran. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI