fbpx

Gugur pemain ambil kira Projek 2024

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SOON HUAT-SHEVON berharap ihsan BAM untuk menanggung perbelanjaan untuk menyertai kejohanan Terbuka Switzerland bulan depan kerana mereka masih belum ada penaja.

PENGGUGURAN beregu campuran No. 10 dunia, Goh Soon Huat-Shevon Lai oleh Persatuan Badminton Malaysia (BAM) kelmarin sedikit sebanyak mengejutkan peminat sukan tanah air.

Bagaimanapun, badan induk sukan badminton negara itu memiliki alasan tersendiri berhubung keputusan menggugurkan Soon Huat dan Shevon serta tiga lagi pemain senior yang lain.

Pengerusi Jawatankuasa Kejurulatihan dan Latihan (C&T) BAM, Datuk Kenny Goh berkata, tindakan itu terpaksa dibuat selepas mengambil kira objektif Projek 2024 selain mahu memberi peluang kepada pemain muda.

“Berhubung keputusan menggugurkan Soon Huat-Shevon, sebenarnya ia dibuat selepas kami melakukan penilaian secara mendalam dan terperinci menerusi maklum balas daripada jurulatih.

“Kami tahu mereka sudah ­banyak berjasa kepada negara dan BAM, tetapi mungkin sudah tiba masa untuk beri pendedahan kepada pemain muda bagi tempoh jangka panjang,” kata Kenny yang juga Setiausaha Agung BAM semalam.

Tambah beliau, meskipun selepas ini Soon Huat-Shevon akan bergerak secara profesional, namun BAM sedia memberi bantuan sekiranya mereka layak ke Sukan Olimpik Tokyo.

“Sekiranya mereka melayakkan diri ke Olimpik, sudah tentu BAM akan beri sokongan penuh serta membantu mereka. Kita tidak akan abaikan pemain-pemain ini,” ujarnya.

Berdasarkan ranking Persekutuan Badminton Dunia (BWF) ketika ini, Soon Huat-Shevon memiliki peluang cerah untuk ke Sukan Olimpik kerana setiap negara boleh menghantar dua wakil dalam acara beregu jika menghuni kelompok lapan teratas.

Ketika ini, Soon Huat-Shevon merupakan beregu campuran kedua terbaik negara dengan menghuni ranking ke-10 dunia, tiga anak tangga di belakang satu lagi beregu profesional, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI