fbpx

Didenda RM100,000 benarkan pembakaran terbuka 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SEPANG – Tindakan sebuah syarikat pengendali pusat buangan sampah berlesen membenarkan pembakaran terbuka mengundang padah apabila didenda RM100,000 di Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Pengakuan tersebut dilakukan WL Environmental Sdn. Bhd. selaku Orang Kena Saman (OKS) yang diwakili oleh Penasihat Undang-Undang syarikat berkenaan di hadapan Hakim Noorhisham Mohd. Jaafar.

Mengikut pertuduhan, syarikat itu didakwa membenarkan pembakaran terbuka di tapak pelupusan sisa lengai, Dengkil pada 26 Februari 2020.

Justeru, OKS melakukan kesalahan mengikut Seksyen 29A (1) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM500,000 atau penjara tidak lebih daripada lima tahun atau kedua-duanya.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Jabatan Alam Sekitar (JAS) Selangor, Mohd. Ridzuan Zainal manakala OKS diwakili peguam, Shaik Mohamed Imran Mohd Ismet Bashah. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI