fbpx

Lee Sun-bin cari rumah untuk bercanda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LEE SUN-BIN

PASTI ramai mengetahui bahawa pelakon Lee Kwang-soo sudah hampir tiga tahun menyulam asmara dengan aktres Lee Sun-bin.

Bahkan rata-rata peminat sentiasa tersenyum lebar apabila menyaksikan apa sahaja yang dilakukan pasangan romantis itu.

Terbaharu, Sun-bin menjadi tetamu dalam program rancangan terbitan SBS bertajuk My Fantasy Home yang menampilkan pesertanya diberikan peluang untuk tinggal di kediaman impian mereka.

Secara tiba-tiba, pengacara program tersebut, Park Mi-sun menyebut bahawa ada seorang lagi tetamu yang mencari rumah sesuai untuk menghabiskan masa bersama orang tersayang.

Mendengarkan sahaja penyataan orang tersayang tersebut, rata-rata ahli panel mula mengalihkan perhatian kepada Sun-bin.

“Adakah orang yang awak mahu tinggal bersama ialah seorang yang tinggi,” tanya pengacara itu sambil ditepis laju Sun-bin.

Pastinya ramai yang tahu bahawa ‘orang tinggi’ yang dimaksudkan ialah Kwang-soo, iaitu kekasih pelakon wanita itu.

Sun-bin kemudian menjelaskan, dia hanya mahukan rumah untuk menghabiskan masa bergelak ketawa dan bermain bersama rakan-rakannya tanpa menjadi perhatian orang di sekeliling.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI