fbpx

Langgar SOP PKP, Elisya kunci mulut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ELISYA Sandha bergelar tunangan kepada Uzair Haqimy yang merupakan anak penerbit terkenal, Sheila Rusly dan Jinggo.

MINGGU lalu, perdebatan tercetus dalam media sosial apabila netizen mempertikaikan bagaimana pelakon Elisya Sandha boleh mengadakan majlis bertunang ketika fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Hal ini kerana kerajaan melarang apa sahaja bentuk majlis keramaian dianjurkan.

Ramai yang mendakwa keluarga selebriti itu kebal daripada undang-undang dan sebab itulah dia berani mengadakan majlis bertunang.

Malah, ada yang mengatakan keluarganya sudah mendapat kebenaran pihak berkuasa untuk mengadakan majlis kecil-kecilan.

Walaupun dihentam teruk oleh netizen, Elisya sekeluarga masih mengunci mulut daripada mengeluarkan sebarang kenyataan.

Setakat ini, Diva pun tidak boleh hendak terus menjatuhkan hukum sebab tiada pengesahan daripada mana-mana pihak.

Cuma, Diva hendak berpesan supaya semua rakyat termasuk selebriti atau ahli politik agar terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang sudah ditetapkan kerajaan. Jangan ingkar ya!

DIVA: Manisnya ucapan hari lahir Akhyar Rashid kepada Eyka Farhana. Bila nak kahwin tu agak-agak?

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI