fbpx

Warga asing cuba rasuah polis RM200 mahu rentas negeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek ditahan kerana cuba memberi sogokan kepada polis untuk mendapatkan kebenaran merentas negeri di Balai Polis Bukit Tinggi di Bentong.

BENTONG – Tindakan seorang lelaki warga asing yang cuba memberi rasuah kepada polis bagi mendapatkan kebenaran merentas negeri membawa padah apabila dia ditahan dan diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ketua Polis daerah, Superintendan Zaiham Mohd. Kahar berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 9.40 pagi semalam itu suspek yang bekerja sebagai buruh binaan cuba memberi sogokan sebanyak RM200 kepada anggota polis di Balai Polis Bukit Tinggi di sini.

“Warganegara asing berkenaan datang ke Balai Polis Bukit Tinggi untuk mendapatkan permit pergerakan merentas negeri dari Bukit Tinggi ke Kuala Lumpur tetapi selepas meneliti dokumen sokongan permohonan lelaki itu ditolak.

“Bagaimanapun lelaki berusia 28 tahun itu memberi wang sogokan sebanyak RM200 kepada anggota polis iaitu Sarjan Mejar Maznan Omar, Koperal Suhaimi Abdul Rahim Koperal Dully Dampa dan Lans Koperal Muhamad Syafik Muhamaf Saari untuk meluluskan permohonannya,” katanya di sini hari ini.

Menurut Zaiham susulan tindakan cuba memberi rasuah kepada polis suspek telah ditahan dan diserahkan kepada SPRM Raub untuk tindakan lanjut.

Dalam pada itu beliau mengingatkan orang ramai bahawa polis sentiasa bertegas dan tidak teragak-agak menahan mana-mana individu yang cuba memberi rasuah dan suapan kepada polis.

“Saya menasihatkan orang ramai agar tidak menawarkan atau memberi rasuah yang boleh merosakkan agama, bangsa dan negara,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI