fbpx

Polis Tumpat masuk ceruk kampung pantau SOP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ab. Rashid Mat Daud (kiri) meninjau pematuhan SOP di Pasar Sumayyah, Tumpat hari ini.

TUMPAT – Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tumpat mewujudkan pasukan khas yang akan menjalankan pemeriksaan secara mengejut untuk memantau pematuhan prosedur operasi standard (SOP) di kawasan kampung di daerah ini.

Ketua Polis Daerah Tumpat Superintendan Ab. Rashid Mat Daud berkata, rondaan tersebut dipecahkan mengikut sektor bagi memastikan ia dilakukan secara menyeluruh.

“Hasil rondaan yang dilakukan itu mendapati, masyarakat kampung termasuk peniaga kedai kopi dan pelanggan mematuhi SOP yang telah ditetapkan.

“Rondaan itu turut dianggap seperti serampang dua mata iaitu pemantauan SOP dan melakukan pencegahan jenayah,” katanya ketika turun padang meninjau Ops Bersepadu Pematuhan SOP di sekitar Tumpat di sini hari ini.

Ops Bersepadu Pematuhan SOP melibatkan kerjasama dari Pejabat Kesihatan Tumpat, Majlis Daerah Tumpat dan Jabatan Sukarelawan Rakyat (Rela).

Mengulas lanjut, Ab. Rashid memberitahu, sepanjang penularan Covid-19 di negata ini sejak tahun lalu, IPD Tumpat telah mengeluarkan lebih 80 kompaun kepada individu yang melanggar SOP.

Beliau berkata, majoriti pelanggaran SOP yang dikesan adalah melibatkan kegagalan memakai pelitup muka. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI