fbpx

Pinjaman PPLH 2.0 patuh syariah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Pinjaman sebanyak RM500 juta di bawah Program Pembangunan Ladang Hutan (PPLH 2.0) berbeza dengan program sebelum ini dengan kaedah berlandaskan pembiayaan patuh syariah.

Menteri Perusahaan Perladangan Dan Komoditi, Datuk Mohd. Khairuddin Aman Razali berkata, segala urusan pelanggan dilaksanakan secara telus dan pelanggan dapat melihat segala proses aliran kewangan yang terlibat.

Beliau berkata, pelanggan juga dibekalkan maklumat dengan jelas jumlah keseluruhan pembiayaan tanpa sebarang caj tambahan dan tersembunyi serta dilindungi takaful.

“Lebih menarik, pembiayaan ini adalah satu-satunya pinjaman mudah bagi pembangunan ladang hutan yang ditawarkan di dalam negara ini.

“Malah, kadar dan tempoh keseluruhan pembiayaan serta tempoh penangguhan kelak akan memberikan keuntungan kepada para pelanggan,” katanya menerusi kenyataan akhbar di sini hari ini.

Mohd. Khairuddin berkata, kementerian bersama Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) dan Forest Plantation Development Sdn. Bhd, (FPDSB) sentiasa komited dalam menambah baik program itu dari semasa ke semasa.

Beliau berkata, seluas 126,457.99 hektar ladang hutan telah dibangunkan melibatkan 82 perjanjian daripada 70 buah syarikat di seluruh Malaysia menerusi pelaksanaan PPLH sebelum ini.

Katanya, jumlah itu setakat 31 Disember tahun lalu sejak pelaksanaan PPLH terdahulu dimulakan pada tahun 2007. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI