fbpx

JPJ sita 12 kenderaan warga asing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota penguatkuasa JPJ Johor memeriksa kenderaan warga asing dalam Ops PEWA di sekitar daerah Muar, Johor kelmarin.

MUAR- Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menyita 12 buah kenderaan membabitkan motosikal dan kereta hasil daripada Operasi Khas Pemandu/Penunggang Warga Asing (Ops PEWA) di daerah ini, kelmarin.

Pengarah JPJ Johor, Azmil Zainal Adnan berkata, kesemua kenderaan terlibat disita dibawah Seksyen 64(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

“Dalam operasi ini, 46 notis pula dikeluarkan dan dikenakan tindakan mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Kaedah-Kaedah Pengangkutan Jalan atas kesalahan tiada lesen memandu dan kenderaan persendirian yang dijadikan kenderaan barang.

“Selain itu, kesalahan kerana membenarkan warga asing memandu atau menunggang kenderaan tanpa lesen memandu yang sah juga turut dikenakan tindakan,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Menurut beliau, operasi dijalankan susulan maklum balas dan maklumat oleh orang awam terhadap operasi sama yang telah dijayakan di Johor Bahru pada Khamis lalu.

“Operasi melibatkan 14 pegawai dan anggota dari Unit Aduan dan Siasatan JPJ Negeri serta Unit Operasi JPJ Cawangan Muar ini adalah bertujuan memastikan peraturan jalan raya dipatuhi.

“Tindakan penguatkuasaan akan dijalankan secara berterusan dari semasa ke semasa bagi memastikan keselamatan kepada pengguna yang lain dan peraturan jalan raya dipatuhi khususnya di seluruh Johor,” katanya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI