fbpx

2NE1 kembali aktif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KUMPULAN 2NE

BIARPUN selepas empat tahun dibubarkan, namun besar harapan peminat untuk melihat kumpulan popular 2NE1 kembali aktif dalam dunia hiburan.

Salah seorang bekas anggotanya iaitu Minzy baru-baru ini seakan memberi bayangan bahawa impian peminat untuk melihat mereka kembali bersatu nampaknya hampir terlaksana.

Menerusi temu bual eksklusif dalam program Park Myung-soo Radio Show, Mizny mendedahkan perkara tersebut masih dalam tahap perancangan dan perbincangan.

“Kami masih lagi bertemu antara satu sama lain. Kami sedang merancang untuk melakukan sesuatu bersama nanti. Jadi buat peminat, nantikan saja,” katanya.

Terdahulu, kumpulan yang popular sekitar tahun 2009 dan dianggotai empat anggota itu terpaksa dibubarkan secara rasmi pada tahun 2016.

Sepanjang berada dalam industri, 2NE1 menjadi antara artis wanita K-pop terhangat menerusi lagu-lagu hit yang pernah dikeluarkan dan menjadi kegilaan peminat seperti I Am The Best, Lollipop, Fire, Come Back Home dan terakhir single Good Bye yang diluncurkan pada 1 Januari 2017

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI