fbpx

Program Bakul Prihatin MBSA bantu B40

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MBSA

SHAH ALAM – Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menggerakkan program Bakul Prihatin MBSA dalam membantu golongan kurang berkemampuan dan terjejas akibat pandemik Covid-19, bermula Isnin depan.

Program tersebut adalah kerjasama bersama rangkaian pasar raya, 99speedmart dalam pakej pembelian barangan makanan asas dan nutrisi bayi khusus kepada isi rumah B40.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam MBSA, Shahrin Ahmad berkata, sebagai permulaan MBSA telah memperuntukkan sebanyak RM50,000 bagi menjayakan program tersebut.

Katanya, sebahagian peruntukkan bernilai RM130,000 pihak 99 Speedmart turut digunakan hasil dari kutipan caj beg plastik yang telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan negeri.

“Pakej pembelian pula terbahagi kepada empat iaitu Pakej Aranda bernilai RM10 ; Pakej Mokara (RM30) ; Pakej Vanda (RM50) meliputi beras, minyak, susu dan sebagainya.

“Manakala Pakej Caladenia bernilai RM50 (barangan nutrisi bayi) yang boleh didapati di 80 premis 99Speedmart di seluruh kawasan pentadbiran MBSA,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut beliau, mereka yang menyumbang melalui pembelian barangan akan diberikan baucar khas dan sijil penyertaan.

Shahrin menjelaskan program itu merupakan kesinambungan daripada empat matlamat pembangunan Mampan (SDGs) melalui pendekatan “Leaving No One Behind” yang meliputi isu pembangunan sosial, ekonomi termasuk kemiskinan, kelaparan, kesihatan, dan keadilan sosial.

“Ini termasuk menamatkan kemiskinan, mengakhiri kelaparan, memastikan kehidupan sihat dan menjadikan bandar serta penempatan manusia inklusif, selamat, berdaya tahan dan mampan.

“Sokongan masyarakat sekaligus dapat merealisasikan matlamat menjadikan Shah Alam Bandar Raya pintar, berdaya huni dan berdaya saing menjelang tahun 2035,” katanya.

Justeru, mereka yang berminat boleh menghubungi Seksyen Kemasyarakatan Jabatan Pembangunan Komuniti di talian 03-5510 5133. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI