fbpx

Jokowi ajak Malaysia perangi diskriminasi minyak sawit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhyiddin ketika berkunjung ke Istana Presiden di Jakarta Pusat, hari ini. - Kompas.com/tangkap layar YouTube Sekretariat Presiden/Fitria Chusna Farisa

JAKARTA – Presiden Indonesia, Joko Widodo atau Jokowi mengajak Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama-sama memerangi isu diskriminasi kelapa sawit di peringkat antarabangsa, lapor Liputan6.com, hari ini.

Menurut Jokowi, kerjasama baik daripada negara-negara jiran yang turut berdepan isu sama akan menjadi kelebihan dalam memperjuangkan isu ini.

“Perjuangan akan lebih optimum jika dilakukan bersama dan Indonesia mengharapkan komitmen yang sama dari Malaysia mengenai masalah minyak sawit,” kata Jokowi sebaik mengadakan pertemuan empat mata dengan Muhyiddin di Istana Presiden, Jakarta Pusat.

Mengenai isu minyak sawit, Indonesia telah memnbuat protes terhadap Kesatuan Eropah (EU) tentang cadangan peraturan Arahan Tenaga Diperbaharui II (RED II).

Indonesia berpendapat bahawa Peraturan itu sengaja dibuat untuk mengetepikan minyak sawit yang merupakan pasaran Indonesia untuk Eropah.

Sedar akan perkara tersebut, Muhyiddin mengakui bahawa langkah Indonesia dalam memerangi isu minyak sawit ini memerlukan sokongan.

Menurutnya, industri minyak sawit perlu diperjuangkan kerana hasilnya menampung sebahagian besar kehidupan masyarakat Indonesia dan Malaysia.

“Bagi kami, langkah ini dapat melindungi industri kelapa sawit terutama untuk menyelamatkan jutaan peladang kecil yang bergantung sepenuhnya pada industri kelapa sawit di Malaysia dan Indonesia,” katanya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI