fbpx

Sewa apartmen ‘paling teruk’ RM6,687

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar klip video sebuah apartmen yang menjadi topik perbualan netizen di Amerika Syarikat. -@newyorkcityrealtor / Via tiktok.com

NEW YORK – Sebuah klip video judulnya bermaksud ‘apartmen paling teruk’ menjadi buah mulut pengguna TikTok di Amerika Syarikat.

Apartmen tersebut tidak mempunyai tandas atau oven tetapi sewa bulanannya mencecah AS$1,650 (RM6,687).

Alamat penuhnya  tidak dinyatakan tetapi klip video mengenai apartmen berupa studio kecil itu mencatat lebih 21 juta tontonan sejak kelmarin.

Rakaman  itu tular sejak ejen hartanah, Cameron Knowlton menyiarkannya dalam akaun TikTok minggu lalu.

Klip video itu menunjukkan sebuah bilik tanpa bilik air  ataupun  dapur. Apa yang ada hanyalah sebuah peti sejuk kecil dan almari kecil.

“Sebelum anda bertanya, ya, ini apartmen sebenar. Inilah yang anda dapat dengan wang AS$1,650 di kejiranan paling diidamkan di Bandar Raya New York,” kata Knowlton dalam klip videonya.

Dia memberitahu agensi berita AFP bahawa apartmen itu terletak di West Village tetapi enggan memberikan alamat penuh kerana bimbang mengguris perasaan pemilik hartanah tersebut.

Klip video Knowlton mengundang lebih 41,000 komen.

“Itu bukan apartmen tetapi kompartmen,” kata seorang netizen

Dalam pada itu, kadar sewa purata sebuah apartmen berkeluasan 702 kaki persegi di Manhattan, New York setakat Oktober 2020 ialah sekitar AS$3,790 (RM15,360), demikian menurut laman web Rent Cafe. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI