fbpx

Pemuda cuba edar erimin5 dicekup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara pil Erimin 5 dan dadah ketamin yang dirampas semasa serbuan di Butterworth malam tadi.

SEBERANG PERAI – Polis menumpaskan satu aktiviti pengedaran dadah selepas menahan seorang lelaki bersama sejumlah bahan terlarang tersebut berdekatan sebuah stesen minyak di Butterworth di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, suspek berusia 23 tahun itu ditahan semasa operasi Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah SPU kira-kira pukul 11.30 malam.

“Polis menemui sebanyak 500 biji pil disyaki erimin 5 seberat 125 gram (g) dan sembilan paket dadah disyaki jenis ketamin (18g) bernilai RM9,300.

“Hasil ujian saringan air kencing ke atas suspek yang tidak mempunyai rekod lampau itu mendapati dia juga positif dadah,” katanya kepada pemberita hari ini.

Menurut Noorzainy, pihaknya turut menyita sebuah motosikal jenis Honda EX5 bernilai RM3,000 dalam serbuan itu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39B, Seksyen 39A(1) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI