fbpx

Empat lelaki termasuk remaja lelaki didakwa kes bunuh lelaki disimbah asid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEGUAM kes lelaki disimbah asid Datuk N. Sivananthan bersama peguam Nabila Habib ketika ditemui di perkarangan Kompleks Mahkamah Seremban. - Foto MUHAMMAD IZZAT TERMIZIE.

SEREMBAN – Empat lelaki termasuk seorang remaja di bawah umur dihadapkan ke Mahkamah Majisteret di sini hari ini atas tuduhan bersubahat dan membunuh seorang lelaki yang disimbah asid di Jalan Pulai Impian, Sikamat bulan lalu.

Dua tertuduh iaitu Mohd. Fitri Zan, 25, dan  Mohd Zairizan Zainal, 41, yang didakwa atas tuduhan membunuh mengangguk tanda faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mahyun Yusof.

Bagaimanapun, tiada sebarang pengakuan direkodkan.

Mengikut pertuduhan, kedua-dua tertuduh didakwa melakukan perbuatan membunuh Tong Wai Sai, 43, di sebuah rumah di Jalan Pulai Impian 17, Pulai Villa, Sikamat di sini pada pukul 3 pagi, 23 Januari lalu.

Jika sabit kesalahan mereka boleh dikenakan hukuman gantung sampai mati mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Dalam pada itu, di mahkamah berasingan seorang remaja lelaki berusia 16 tahun dan tertuduh ketiga Mohammad Hairul Fazley, 20, didakwa telah bersubahat membunuh Tong Wai Sai, 43, di lokasi dan masa yang sama.

Bagaimanapun, mereka mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret V. Vanita.

Kedua-dua mereka didakwa mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 302 kanun sama dan boleh dijatuhi hukuman mati mandatori jika disabitkan kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendawa Raya Hafizah Zainul Hashimi, manala tertuduh
Mohd Fitri diwakili peguam Datuk N. Sivananthan dan Nabila Habib seterusnya Mohd Zairizan diwakili peguam Grace Nathan dan Mohammad Hairul diwakili peguam Hasnan Hamzah.

Mahkamah kemudian memerintahkan kes tersebut disebut secara bersama pada 4 Mac depan.

Sebelum ini, akhbar melaporkan seorang lelaki mualaf maut selepas enam hari mendapatkan rawatan di hospital akibat disimbah asid dalam kejadian dipercayai samun di rumahnya di Taman Pulai Impian, Sikamat di sini pada 23 Januari lalu.

Polis telah menahan enam lelaki dan isteri mangsa bagi membantu siasatan berhubung kes tersebut.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI