fbpx

Jamali Shadat ‘Atan’ meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pelawak veteran, Datuk Jamali Shadat meninggal dunia sekitar pukul 8.30 pagi tadi.

PETALING JAYA – Pelawak veteran popular, Datuk Jamali Shadat, 78, meninggal dunia, 8.30 pagi tadi.

Berita mendukacitakan itu dimaklumkan oleh cucunya, Isyraq Ariff Zalull Ariff.

“Doktor sudah mengesahkan datuk sudah tiada. Urusan proses pengebumian akan dimaklumkan kemudian,” kata Israq, 31.

Terdahulu, keadaan Jamali semakin uzur apabila tidak mampu berjalan dan kurang selera makan.

Jamali yang cukup dikenali menerusi stand up komedi atau komediri difahamkan, amat terkesan dengan kematian isterinya, Lela Yacob yang meninggal disebabkan serangan angin ahmar pada Jun 2018, sehingga membuatkan dia kemurungan.

Allahyarham isterinya meninggal pada hari pertama Syawal selepas sebulan terlantar di hospital.

Sebelum itu, Jamali diserang angin ahmar dan dijaga oleh isterinya sehingga pulih.

Segala jadual aktiviti seni dan kehidupannya sebelum ini diuruskan oleh isterinya.

Jamali dilahirkan di Bukit Kapar, Klang, Selangor, mempunyai lapan anak dan 39 cucu.

Pada zaman kegemilangannya sekitar 1980-an, pelawak legenda itu cukup dikenali dengan kebolehan melakonkan watak kanak-kanak bernama Atan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI