fbpx

Sorok emas dalam lengan jubah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua buah kedai emas di Jalan Temggong, Kota Bharu inilah seorang gadis melarikan emas bernilai RM180,000 sejak tiga tahun lalu sebelum diberkas polis baru-baru ini.

KOTA BHARU – Taktik seorang pelanggan wanita memakai jubah setiap kali berkunjung ke kedai emas membongkar kegiatan dia mencuri aksesori perhiasan itu.

Kegiatan sejak tiga tahun lalu itu bagaimanapun hanya di­sedari oleh pemilik kedai emas di Jalan Temenggong di sini baru-baru ini.

Sepanjang tempoh itu, gadis berusia 25 tahun tersebut telah mencuri 27 utas gelang emas bernilai RM180,000 di dua premis di kawasan berkenaan.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, tem­belang suspek terbongkar apa­bila pemilik kedai berusia 33 tahun mendapati seutas gelang tangan hilang selepas wanita itu keluar dari premisnya pada pukul 6 petang, 23 Januari lalu.

Mangsa kemudian memeriksa rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) dan mendapati suspek melarikan aksesori emas tersebut.

“Pemilik premis kemudian menghubungi suspek supaya memulangkan gelang tangan itu.

“Suspek kemudian memulangkan aksesori tersebut dan memberi wang tunai RM1,000 kepada pemilik premis.

Mangsa yang curiga segera memeriksa sebelum mendapati suspek yang menjadi pelanggan tetap telah melarikan emas di kedainya sejak tahun lalu,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Menurut Shafien, pemeriksaan mendapati sebanyak 11 unit barang kemas bernilai RM60,000 hilang sejak tahun lalu.

Kakak mangsa yang juga peniaga emas di premis berse­belahan mendapati sebanyak 16 gelang emas bernilai RM120,000 di kedainya turut lesap dipercayai dicuri wanita sama.

“Suspek yang masih bujang merupakan pelanggan tetap di kedai emas sebelah sejak tiga tahun lalu,” katanya.

Mengikut modus operandi, suspek mencuri emas itu semasa pemilik kedai sedang sibuk melayan pelanggan dan memasukkannya ke dalam lengan jubah yang dipakainya.

Wanita itu ditahan reman selama dua hari bermula semalam bagi membantu siasatan. Kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI