fbpx
Seorang lelaki ditahan selepas cuba menyogok RM5,000 kepada anggota PGA dalam satu serbuan di sebuah premis di Jalan Mohd Akil, Kluang, Johor semalam.

Padah cuba sogok polis, penyeludup diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BATU PAHAT – Seorang lelaki ditahan selepas disyaki cuba menyogok pihak berkuasa untuk melepaskan diri kerana memiliki 66 karton arak tanpa cukai kastam dalam kejadian di sini petang semalam.

Dalam serbuan pada pukul 6 petang itu, lelaki berusia 44 tahun diberkas di Bangunan Seventy Two Food Court, Jalan Mohd Akil, di sini bertindak cuba memberi rasuah RM5,000.

Namun perbuatan kejinya itu tidak dihiraukan sepasukan polis Batalion 5 Pasukan Gerakan Am (PGA) sebelum suspek dicekup bersama barang rampasan yang bernilai lebih RM22,000.

Pegawai Pemerintah Batalion 5 PGA Superintendan Dimin Awang berkata, pihaknya menerima aduan awam mengenai kegiatan suspek sebelum bertindak membuat risikan dan serbuan.

“Hasil pemeriksaan ke atas premis tersebut telah menemui 66 karton arak tiada cukai Kastam.

“Turut dirampas wang tunai berjumlah RM5,000 sebagai sogokan untuk melepaskan tangkapan.

“Anggaran keseluruhan nilai rampasan berjumlah lebih RM22,000. Tangkapan dan Rampasan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 135 Akta Kastam 1967 dan Seksyen 17(b) Akta SPRM 2009. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN