fbpx

Jelaskan rancangan kerajaan atasi Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jagdeep Singh Deo ketika siaran langsung sidang akhbar menerusi Facebook di Komtar, Pulau Pinang.

GEORGETOWN – Kerajaan Pusat diminta menjelaskan kepada rakyat mengenai perancangan terkini yang bakal dilaksanakan bagi memerangi jangkitan wabak Covid-19 yang dilihat semakin memburuk pada masa ini.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Perancangan Bandar dan Desa, Jagdeep Singh Deo berkata, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba dan Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakub sepatutnya tampil memberi penjelasan mengenai punca sebenar peningkatan kes positif Covid-19 dan perancangan untuk mengatasinya.

“Apakah Kementerian Kesihatan (KKM) buat ketika ini? Saya ingin tahu, Menteri (Kesihatan) perlu jawab, terlalu lena Menteri ini, kalau tidak, Datuk Seri Ismail Sabri perlu beritahu, apa sedang berlaku.

“Kalau tidak boleh kawal, ada orang lain yang boleh buat, kerana ini adalah mengenai nyawa,” katanya pada sidang akhbar menerusi siaran langsung Facebook di Komtar di sini hari ini.

Menurut Jagdeep, angka terkini kes jangkitan Covid-19 yang mencecah sehingga lebih 5,000 kes sehari amat membimbangkan.

“Kita terima aduan daripada rakyat mengenai kebimbangan mereka terhadap peningkatan kes setiap hari.

“Perkara yang paling penting pada waktu ini adalah soal kesihatan awam dan pada masa sama kita juga perlu seimbangkan dengan soal ekonomi,” katanya.

Tambah beliau sebarang keputusan kerajaan Pusat mengenai pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) perlu mengambil kira situasi terkini peningkatan kes Covid-19.

“Saya sama sekali tidak pernah mempertikaikan kewajaran pelaksanaan PKP, saya minta keputusan yang diambil selepas ini perlu berdasarkan jumlah terkini jangkitan Covid-19.

“Keputusan oleh kerajaan Pusat akan dibuat dalam tempoh terdekat, jadi saya minta ambil maklum mengenai keadaan terkini Covid-19 yang mencecah ribuan kes setiap hari,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI