fbpx

Empat buah kampung peluk Islam, Ebit Liew bina sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian kaum bajau laut yang mengucap dua kalimah syahadah di atas bot selepas disantuni Ebit Liew semasa lawatannya di Semporna.

PETALING JAYA – Kira-kira 490 orang penduduk yang terdiri daripada kaum bajau laut di empat buah kampung sekitar kawasan Semporna, Sabah memeluk Islam selepas pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Liew datang menyantuni mereka.

Melalui perkongsian Ebit Liew di laman Facebooknya, perkara itu berlaku sepanjang dua hari beliau mengagihkan bantuan makanan di kawasan tersebut.

Katanya, kaum bajau laut adalah kumpulan individu tanpa negara dan mereka hidup di dalam bot di atas air sepenuhnya hanya sekali sekala ke daratan.

“Mereka tiada agama, sampai mereka bertanya tentang Tuhan. Mereka dengan rela hati ingin memeluk Islam.

“Sayu dengar mereka mengucap syahadah,” katanya di laman Facebook semalam.

Melalui perkongsian itu juga Ebit Liew turut memaklumkan bahawa pihaknya dalam perancangan untuk membina tiga buah sekolah dan menyedia beberapa orang guru di sekolah berkenaan.

“Syukur tadi (semalam) selesai bawa kayu dan mula bina sekolah dan kami bercadang untuk bina tiga sekolah.

“Tadi dah dapat enam guru untuk mengajar asas 3M (membaca, menulis dan mengira), asas Islam, akhlak dan kasih sayang.

“Tadi dah letak kayu (asas tapak binaan sekolah) sebulan akan siap semuanya. Saya akan bayar gaji guru dan akan cuba bantu mereka secara berterusan kerana cikgu akan tinggal disana (sekitar kawasan sekolah),” katanya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI