fbpx

335 penerima darjah kebesaran, pingat Hari Wilayah Persekutuan 2021

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Annuar Musa

PETALING JAYA – Yang di- Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan kepada seramai 335 penerima bersempena Sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2021.

Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa berkata, pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan itu adalah berkuatkuasa pada hari ini iaitu 1 Februari 2021.

Antara penerima pengurniaan itu termasuk Yang di-Pertua Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas; Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin dan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Aziz.

Penerima anugerah yang membawa gelaran Datuk antaranya Menteri Kanan (Pendidikan), Dr Radzi Jidin dan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin.

Tarikh penyempurnaan Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan Tahun 2021 namun belum diputuskan berikutan penularan pandemik Covid-19. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI