fbpx

Peniaga halau, pukul isteri ketika Thaipusam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KLANG – Sambutan Hari Thaipusam disifatkan tragedi bagi seorang wanita apabila dihalau, dipukul dan digigit suaminya semata-mata disebabkan lelaki itu mempunyai perempuan lain dalam kejadian di rumah mereka di Bukit Raja di sini, baru-baru ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12 tengah hari pada Khamis lalu mangsa berusia 31 tahun itu yang cedera digigit di bahunya kemudiannya menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR).

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Nurulhuda Mohd. Salleh berkata, siasatan mendapati pasangan suami isteri itu telah berkahwin hampir empat tahun dan mempunyai seorang anak perempuan berusia dua tahun.

Katanya, pertengakaran sering berlaku dalam rumahtangga mereka dengan ini adalah kali pertama mangsa dipukul suspek.

“Suspek mahu menghalau mangsa keluar dari rumah kerana telah mempunyai perempuan lain.

“Bagaimanapun, mangsa yang enggan menuruti perkara itu kemudiannya telah dipukul di kepala menggunakan kunci selain digigit di bahagian bahu oleh suspek,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kata Nurulhuda, bertindak hasil maklumat, suspek yang merupakan peniaga itu kemudiannya berjaya diberkas di hadapan sebuah hotel di Jalan Kapar Batu pukul 12.20 pagi semalam.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI