fbpx

Klopp pening hadap West Ham United

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MATIP (kiri) mengalami kecederaan ketika bertemu Spurs membuatkan Klopp perlu mencari ramuan terbaik di benteng pertahanan mereka. – AFP

LIVERPOOL – Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp mengakui benteng pasukannya rapuh selepas Joel Matip dan Fabinho mengalami kecederaan menje­lang aksi penting Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang West Ham United di Stadium London awal pagi esok.

Sebagai rekod, Liverpool yang kembali berada di landasan kemenangan selepas menewaskan Tottenham Hotspur 3-1 pada awal pagi Jumaat lepas kehilangan khidmat Matip yang terpaksa dikeluarkan pada babak pertama pada aksi tersebut.

Kata Klopp, kecederaan yang dialami oleh Matip dijangka tidak serius tetapi dalam masa sama enggan mengambil risiko dan mustahil untuk melihat kelibatnya pada aksi menentang The Hammers nanti.

“Saya akui motivasi pasukan kembali positif selepas berjaya meraih kemenangan pertama sejak mengharungi fasa yang tidak menentu bulan ini tetapi ia agak beremosi apabila Matip terpaksa dikeluarkan pada babak pertama kerana kecederaan.

“Berdasarkan laporan awal daripada pegawai perubatan kami, saya anggap kecederaan yang dialami oleh Matip tidak terlalu serius. Bagaimanapun, saya telah dinasihatkan untuk tidak mengambil risiko untuk menurunkan Matip pada aksi bertemu West Ham, dan begitu juga dengan Fabinho,” katanya.

Sementara itu, Klopp turut memberi perkembangan terkini tentang pertahanan muda, Joe Gomez yang sudah kembali menjalani latihan individu selepas mengalami kecederaan lutut yang serius awal musim ini.

“Saya agak terkejut dengan perkembangan Gomez kerana dia sudah boleh menjalani latihan individu. Namun, saya masih lagi menjangkakan dia tidak akan diturunkan dalam skuad utama pada saingan musim ini kerana kecederaan lutut memakan masa yang lama untuk pulih sepenuh­nya,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI