fbpx

578 ditahan ingkar SOP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Seramai 578 individu ditahan atas kesalahan ingkar prosedur operasi standard (SOP) semalam.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada jumlah itu seramai 525 telah dikompaun manakala 53 direman.

“Antara kesalahan direkodkan ialah gagal mematuhi arahan penjarakan fizikal (108), rentas negeri atau daerah tanpa kebenaran (90), tidak memakai pelitup muka (78), aktiviti pusat hiburan (68), gagal menyediakan peralatan merekod butiran pelanggan (56), premis beroperasi lebih masa/tanpa kebenaran (51), dan lain-lain (127).

Sebanyak 2,724 Pasukan Pematuhan yang melibatkan 11,469 anggota telah membuat pemantauan di 4,222 pasar raya, 5,092 restoran, 1,612 penjaja, 1,459 kilang, 3,568 bank dan 586 pejabat kerajaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Juga dipantau, sebanyak 1,088 terminal pengangkutan darat, 299 terminal pengangkutan air serta 78 terminal pengangkutan udara.

Sementara itu Ismail Sabri berkata, Ops Benteng semalam juga telah berjaya menangkap seramai 40 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) serta merampas sebuah kenderaan darat dan sebuah kapal/bot.

“Dalam operasi itu, pihak berkuasa turut mengesan sebanyak 119 buah bot atau kapal di perairan negara melalui tujuh aktiviti penglihatan.

“Ops Benteng yang melibatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Agensi Keselamatan Sempadan Malaysia (AKSEM) serta agensi-agensi keselamatan lain turut menjalankan 537 Sekatan Jalan Raya (SJR),” jelasnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI