fbpx

Seramik China, Eropah turut ditemui

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SERPIHAN seramik berusia ratusan tahun pernah ditemui di Sungai Kuala Pahang, Pekan, Pahang tahun lalu.

LIPIS – Muzium Pahang dan Jabatan Warisan Negara (JWN) yang yang menjalankan kerja memulihara artifak kapal ber­usia 221 tahun yang terdampar di tebing Sungai Lipis di sini baru-baru ini, menemui sejumlah seramik dagangan seusia dengan tinggalan kapal itu yang terdiri daripada seramik China dan Eropah.

Pihak terlibat itu juga akan mendapatkan maklumat saintifik berhubung penemuan tersebut selain memastikan keseluruhan artifak yang tertinggal berkaitan kapal itu turut ditemui semula.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Perladangan dan Komo­diti Pahang, Datuk Mohd. Sharkar Shamsudin berkata, sehubungan itu, pihak berkenaan akan menjalankan fasa seterusnya iaitu ekskavasi arkeologi di kawasan itu.

“Daripada tinjauan permukaan yang dijalankan, lebih 100 pecahan kayu yang ditemui dipercayai merupakan sebahagian daripada badan kapal tersebut, itu berdasarkan morfologi dan jenis kayu serta paku yang terdapat pada penemuan tersebut.

“Turut ditemui sejumlah seramik dagangan yang seusia dengan relik (tinggalan) kapal itu, terdiri daripada seramik China dan Eropah di sekitar tapak jum­paan,” katanya di sini semalam.

Kosmo! sebelum ini melaporkan, sebahagian struktur kapal yang hampir lengkap ditemui terdampar berhampiran Sungai Lipis setelah banjir melanda daerah itu surut pada 14 Januari lalu.

Pihak JWN pada 16 sehingga 18 Januari lalu telah melawat lokasi penemuan itu di Kampung Pagar, Mukim Penjom, Lipis, Pahang.

Pada 19 sehingga 24 Januari, kerjasama antara JWN bersama Perbadanan Muzium Negeri Pahang dengan bantuan penduduk kampung menjalankan proses penyelamatan termasuk mendokumentasi, merekodkan dan memelihara artifak yang ditemui sebelum ditempatkan di Muzium Warisan Lipis.

Artifak itu kini diawasi dan dijaga Pejabat Daerah Lipis.

Dalam pada itu, Mohd. Sharkar berkata, daripada analisis awal yang dibuat, kapal itu berkemungkinan kapal jenis steam ship bersaiz di antara 25 meter sehingga 300 meter panjang.

Jelasnya, berdasarkan rekod sejarah kapal tersebut berkemungkinan dapat dikaitkan dengan kegiatan perlombongan emas di Penjom yang beroperasi sejak abad ke-19 lagi.

“Berdasarkan rekod sejarah, terdapat beberapa kapal jenis steam ship beroperasi atau me­lalui Sungai Pahang di Kuala Pahang ke Sungai Lipis, antaranya SS Amherst yang dilaporkan karam di

Kuala Pahang dan Kapal Seri Pahang yang dipercayai ka­ram di Paloh Hinai, Pekan.

“Terdapat sebuah lagi kapal pernah bero­perasi di kawasan itu, iaitu SS Senyum di bawah syarikat perlombongan emas di Penjom, namun tiada rekod ia karam,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI