fbpx

Premis perniagaan dibenar operasi sampai 10 malam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Kerajaan bersetuju melanjutkan semua operasi perniagaan lain yang telah dibenarkan sebelum ini sehingga pukul 10 malam bermula esok.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, penyeragaman ini bagi memudahkan pihak berkuasa melakukan pemantauan dan penguatkuasaan.

“Antara operasi perniagaan yang terlibat ialah, pasar raya, kedai runcit, kedai serbaneka, farmasi, kedai keperluan harian, kedai makanan haiwan, kedai dobi serta kedai cermin mata dan lain-lain dibenarkan beroperasi sehingga pukul 10 malam.

“Sidang khas semalam juga bersetuju untuk membenarkan sektor perhutanan dan perkayuan serta rantaian yang melibatkan pembalakan dan lain-lain beroperasi seperti biasa bermula esok,” katanya dalam satu sidang akhbar khas di Kementerian Pertahanan hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI