fbpx

Kebenaran rentas negeri atas budi bicara polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Penduduk yang tinggal di daerah sempadan negeri-negeri dibenarkan rentas negeri untuk urusan tertentu atas budi bicara pihak polis.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, mereka dibenarkan rentas negeri namun atas dasar untuk membeli barangan keperluan sahaja.

“Benar rentas negeri tidak dibenarkan tetapi bagi mereka yang tinggal di daerah sempadan negeri ini, mungkin jauh untuk pergi ke bandar berbanding bandar negeri lain.

“Justeru itu, mereka dibenarkan untuk merentas negeri bagi membeli barang keperluan atas budi bicara pihak polis dan kes mereka adalah kes berkecuali,” katanya dalam satu sidang akhbar khas di Kementerian Pertahanan hari ini.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, kerajaan tidak menghalang bagi kawasan perumahan atau pihak pengurusan perumahan untuk mengarahkan orang luar untuk melakukan ujian calitan sebelum memasuki kawasan perumahan mereka.

Selain itu, tambahnya lagi, kerajaan sudah menutup sembilan buah kilang dan 16 premis kerana gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan mempunyai kes aktif Covid-19. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI