fbpx
Presiden Indonesia, Jokowi selesai menerima suntikan dos kedua vaksin Sinovac Covid-19, sebentar tadi. YouTube/Istana Sekretariat Presiden

Jokowi terima suntikan vaksin dos kedua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA – Presiden Indonesia, Joko Widodo atau Jokowi selesai menerima suntikan dos kedua vaksin Sinovac Covid-19 pada pukul 9.30 pagi ini (waktu tempatan) di Kompleks Istana Presiden, Jakarta.

Menurut laporan portal Kompas.com, Jokowi menyatakan beliau tidak berasa-apa kesakitan saat mendapat suntikan vaksin kali kedua di lengan kiri dan lebih tenang berbanding kali pertama dua minggu lalu.

“Sama sahaja prosedurnya dengan suntikan kali pertama. Tidak berasa apa-apa kesakitan,” ujarnya.

Jokowi menerima suntikan vaksin pertama pada 13 Januari lalu dan mendapat kesan sampingan ringan iaitu rasa lenguh di bahagian lengan yang disuntik.

Namun begitu, beliau mendakwa kesan sampingan itu tidak mengganggu aktiviti hariannya.

“Meskipun sudah menerima vaksin, kita semua perlu kekal patuh pada protokol kesihatan dengan penuh disiplin,” tegasnya. – Agensi