fbpx

PTP catat pertumbuhan kukuh lapan peratus tahun lalu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Perlabuhan Tanjung Pelepas (PTP) te­rus mencatat pertumbuhan kukuh selepas mencipta rekod kendalian keseluruhan kontena berjumlah 9.8 juta unit bersamaan dua puluh kaki (TEU) tahun lalu, dalam keadaan ketidaktentuan ekonomi global akibat pandemik.

Ia merupakan pertumbuhan sebanyak lapan peratus berbanding 9.1 juta TEU yang direkodkan pada 2019.

Pengerusi PTP, Datuk Seri Che Khalib Mohamad Noh berkata, PTP berjaya mengukuhkan kedudukannya sebagai salah satu daripada hab pengangkutan utama di rantau ini dengan memberikan nilai dan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan serta pihak berkepentingan.

“Tahun lalu, PTP melabur le­bih daripada RM700 juta dalam usaha memperbaiki kebolehan pengendalian kontena, keupa­yaan dan kebolehpercayaan menerusi pemerolehan aset-aset baharu.

“Pelaburan ini menjadikan terminal kami sebagai salah satu yang paling maju daripada segi teknologi di rantau ini, selain memastikan PTP dapat mengikuti perubahan pesat dalam industri pelabuhan dan perkapalan seterusnya memenuhi permintaan pelanggan,” katanya dalam ke­nyataan di sini semalam.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif PTP, Marco Neelsen menjelaskan, trajektori pertumbuhan disumbangkan daripada lonjakan jumlah panggilan tambahan yang diterima berikutan peningkatan permintaan di Asia dan Eropah.

“Walaupun berdepan cabaran pada suku kedua tahun 2020, separuh kedua tahun itu amat positif bagi kami berdasarkan kepada kenaikan jumlah yang dikendalikan.

“Ini disebabkan oleh pembukaan sempadan yang menghidupkan se­mula ekonomi perdagangan glo­bal bagi rantau China, Eropah dan Transpasifik,” katanya.

PTP mencatat prestasi memberangsangkan sepanjang tahun 2020, termasuk mencatat rekod tertinggi untuk pengendalian TEU dalam sebulan dengan 967,783 TEU serta pergerakan tertinggi dalam satu giliran de­ngan sejumlah 12,411 pergerakan pada Disember lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI