fbpx

PM Itali serah surat peletakan jawatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail bertarikh 19 November 2020 menunjukkan Perdana Menteri Itali, Minister Giuseppe Conte. - AFP

ROM – Perdana Menteri Itali, Giuseppe Conte menyerahkan surat peletakan jawatan beliau kepada Presiden Sergio Mattarella hari ini dalam usaha membentuk sebuah kerajaan baharu yang lebih kukuh.

Presiden menerima peletakan jawatan tersebut dan mempunyai hak untuk membuat keputusan seterusnya dan mengundang kerajaan untuk meneraju negara dalam kapasiti kerajaan sementara, kata pejabat Mattarella.

Mattarella berkata, beliau akan memulakan rundingan dengan pemimpin-pemimpin parti politik Itali tentang hala tuju negara tengah hari esok. Perbincangan tersebut dijangka berlanjutan hingga Khamis ini.

Conte dijangka mencari mandat baharu untuk membentuk kerajaan buat kali ketiga berturut-turut dalam tempoh tiga tahun tetapi perkara itu bergantung kepada keupayaan beliau menambah majoritinya di Parlimen.

Beliau boleh bergantung harap kepada parti populis, Gerakan Lima Bintang, Parti Demokratik dan parti berhaluan kiri lebih kecil, Parti Bebas dan Saksama. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI