fbpx

KSN jalani kuarantin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Zuki dinasihatkan menjalani kuarantin kendiri selepas menjadi kontak rapat individu positif Covid-19 pada 22 Januari lalu. Gambar Facebook KSN.

PUTRAJAYA – Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Zuki Ali memaklumkan, beliau sedang menjalani kuarantin kendiri sehingga 31 Januari selepas menjadi salah seorang kontak rapat individu yang disahkan positif Covid-19 pada 22 Januari lalu.

Menerusi hantarannya pada Facebook, Mohd. Zuki memberitahu beliau menjalani kuarantin tersebut di kediamannya berdasarkan nasihat daripada Kementerian Kesihatan.

“Bagaimanapun, situasi ini tidak akan mengganggu urusan pentadbiran perkhidmatan awam kerana saya akan terus melaksanakan amanah ini dengan bekerja dari rumah bagi mesyuarat yang dipengerusikan atau dihadiri oleh saya,” katanya pada hantaran di media sosial beliau di sini hari ini.

Susulan kuarantin itu, beliau berkata, sidang media pengurusan darurat yang sepatutnya diadakan pada petang ini terpaksa dibatalkan.

“Justeru saya akan mengeluarkan kenyataan media berkenaan mekanisme pentadbiran pengurusan darurat,” katanya. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI