fbpx

KPT terima pelbagai maklum balas dan cadangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) menerima pelbagai maklum balas dan cadangan daripada para pelajar berhubung pengoperasian institusi pengajian tinggi (IPT) yang dijadualkan bermula Mac depan.

Menterinya, Datuk Seri Noraini Ahmad berkata, kesemua maklum balas itu diterima selepas pihak Pengurusan Tertinggi Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) mengadakan sesi perbincangan dan libat urus bersama dengan wakil-wakil mahasiswa mengenai penyelarasan kemasukan pelajar IPT ke kampus.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada para pelajar yang telah memberikan pandangan dan cadangan berhubung pengoperasian IPT.

“Pelbagai maklum balas telah diterima terutamanya mengenai kegusaran para pelajar dengan situasi semasa kes Covid-19 yang kini berada pada kadar yang amat membimbangkan, dengan rekod harian telah mencecah lebih 4,000 kes sehari,” katanya menerusi hantaran di Facebook semalam.

Pada perbincangan tersebut katanya, Majlis Perwakilan Pelajar Kebangsaan (MPPK) turut membentangkan hasil dapatan tinjauan mereka berkenaan kesesuaian kebolehlaksanaan cadangan kemasukan semula pelajar ke IPT bagi semester 2 sesi 2020/2021 Mac depan.-K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI