fbpx

Perkhidmatan Shuk Sahar di Hot FM digantung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHUK SAHAR

PETALING JAYA – Pengurusan stesen radio Hot FM mengesahkan bahawa perkhidmatan penyampai radio Shuk Sahar digantung serta merta dalam satu kenyataan yang dikeluarkan.

Penggantungan sementara perkhidmatan Shuk atau nama sebenarnya Mohammad Shukri Mohamed Sahar adalah bagi memberi ruang kepada pihak pengurusan melakukan siasatan dalaman berkaitan isu membabitkan dirinya yang tular ketika ini.

Perkembangan terkini pergantungannya daripada Hot FM akan diumumkan oleh pihak pengurusan Hot FM selepas siasatan dalaman selesai.

Terdahulu pergolakan rumah tangga Shuk sekali lagi menjadi perhatian ramai selepas isterinya mendedahkan kecurangannya yang berkunjung di rumah wanita lain.

Pendedahan berani tersebut dikongsikan sendiri isteri Shuk, Rossalennah Natassiah Asshaferah menerusi beberapa hantaran yang dimuat naik dalam Instagramnya.

Julai tahun lalu, Shuk pernah dikaitkan bermain kayu tiga dengan wanita sama.

Bagaimanapun, pada waktu tersebut perlakuan curang Shuk sudah diketahui oleh isterinya dan Rossalennah dikatakan pernah berbincang secara baik dengan wanita terbabit.

Malah, Shuk juga pernah membuat permohonan maaf secara terbuka kerana berlaku curang serta mendapat kemaafan daripada isterinya tahun lalu.

Difahamkan, wanita yang sedang menjalin hubungan Shuk itu pernah terlibat dalam kontroversi dipukul bekas kekasihnya iaitu penyanyi kumpulan Hyper Act, Kecik sekitar tahun 2017.

Shuk mendirikan rumah tangga dengan Rossalennah Natassyiah Asshaferah pada 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan, Nur Qurratu Ain, 4, dan Nur Assyifatu Aimi yang kini berumur setahun. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI