fbpx

4 lelaki provokasi polis kena buat kerja amal dua bulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
(Dari kiri) Mohd. Hafiz, Mohd. Safwan, Shahrizal dan Mohd. Danial Al Arabia mengu bersalah di Mahkamah Majistret George Town hari ini.

GEORGE TOWN – Empat lelaki diperintahkan melakukan kerja amal dalam tempoh dua bulan selepas didapati bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan melakukan provokasi terhadap polis di Tanjung Tokong di sini 17 Janari lalu.

Majistret R. Manomani memerintahkan tertuduh, Shahrizal Anuar, 38, Mohd. Safwan Akbar, 29, Mohd. Hafiz Nasri Shah, 28, dan Mohd. Danial Al Arabia Mohd. Rafi, 24 menjalani hukuman perintah kehadiran berwajib itu selepas mengaku bersalah.

Mereka diperintahkan menjalani hukuman itu bagi tempoh dua bulan selama tiga jam sehari.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa menggunakan kekerasan jenayah dengan cara membuat provokasi terhadap tiga anggota polis pada pukul 5.40 petang, 17 Januari lalu di simpang lampu isyarat Jalan Tanjong Tokong, di sini.

Kesalahan itu didakwa dilakukan mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara dua tahun atau denda sehingga RM10,000 atau kedua-duanya sekali.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwaraya, Rais Imran Hamid manakala keempat-empat tertuduh diwakili peguam, Nur Najihah Ahmad Zulkarnain.

Sementara itu, di hadapan majistret sama, keempat-empat mereka serta tiga yang lain iaitu Azizul Mohamad, 45; Mohd Idris Ayob, 25, dan Danish Ikmal Mohd Shafiq Samugam, 20, didenda RM700 selepas didapati bersalah melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di lokasi dan masa yang sama.

Baru-baru ini tular satu video di laman sosial yang memaparkan beberapa individu mendakwa tiga anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB) menendang dua lelaki yang menaiki motosikal di Jalan Sri Tanjung, Tanjung Tokong sehingga terbalik.

Bagaimanapun, mangsa kemalangan itu sebenarnya berlanggar dengan sebuah kereta selepas cuba melarikan diri ketika polis mengarahkan berhenti kerana tidak memakai topi keledar. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI