fbpx

Tak tahu macam mana boleh kena Covid-19 – Aprena Manrose

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
APRENA MANROSE

PETALING JAYA – Pelakon Aprena Manrose memasuki senarai terkini sebagai pesakit Covid-19 dalam kalangan selebriti.

Pemilik nama sebenar Wan Syahera Putri Aprena Wan Syahman itu disahkan positif setelah mendapat keputusan ujian calitannya semalam.

Aprena berkongsi perkara tersebut menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik dalam Instagramnya.

“Saya memang sejenis ‘penakut’ tetapi lagi takut apabila tahu keputusan saya positif,” tulisnya.

Menurutnya, dia membuat keputusan untuk melakukan ujian calitan Covid-19 selepas beberapa hari berasa tidak sedap badan dan selepas mengetahui pelakon Emma Maembong mendapatkan khidmat sebuah klinik untuk membuat ujian tersebut di rumah.

“Saya terus minta nombor dengan Emma dan pada hari seterusnya, saya buat swab test (ujian calitan) di rumah.

“Agak terkejut bila tahu saya positif. Tetapi setelah mendengar nasihat doktor, saya rasa nak kongsi cerita ini kepada anda semua,” katanya.

Dalam perkongsian sama, anak kepada penyanyi dangdut terkenal, Iwan itu turut menitipkan pesanan kepada orang ramai yang turut dijangkiti virus tersebut untuk kekal tenang dan sentiasa berfikiran positif.

“Untuk anda semua yang senasib dengan saya, teruskan bertenang dan kekal positif.

“Sebagaimana kita tahu, kes semakin meningkat, kebarangkalian untuk kita dijangkiti sangat tinggi.

“Kepada rakyat Malaysia, tolonglah jadi seorang manusia yang bertanggungjawab dengan mengikuti prosedur operasi standard yang ditetapkan,” ujarnya.

Tambah pelakon yang popular menerusi drama Tiada Arah Jodoh Kita itu, pesakit Covid-19 bukanlah penjenayah dan sesiapa sahaja yang mempunyai simptom perlu tampil membuat ujian saringan.

Terdahulu, beberapa selebriti tanah air antaranya Ashraf Muslim, Puteri Aishah, Alif Satar, Harris Anuar, Shima Anuar, Emma Maembong, Aepul Drama Band dan Aeril Zafrel turut disahkan positif Covid-19. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI