fbpx

Imam tangani teori konspirasi vaksin Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang imam bersiap sedia untuk mengerjakan solat Jumaat dengan mengikuti penjarakan fizikal di Masjid Baitul Futuh di barat daya London kelmarin. – AFP

LONDON – Imam di seluruh Britain sedang membantu usaha menangani maklumat salah mengenai koronavirus dan vaksin Covid-19 adalah selamat melalui khutbah solat Jumaat serta pengaruh mereka dalam masyarakat Islam.

Pengerusi Lembaga Penasihat Kebangsaan Imam dan Masjid (MINAB), Qari Asim kini menge­tuai satu kempen bagi memulih­kan kepercayaan masyarakat ­Islam dengan sokongan terhadap pemvaksinan.

“Kami yakin dua vaksin yang digunakan di United Kingdom ­iaitu Oxford AstraZeneca dan Pfizer adalah dibenarkan dari sudut perspektif Islam.

“Keraguan, kekhuatiran dan kebimbangan berpunca daripada maklumat salah, teori konspirasi, berita palsu dan khabar angin,” katanya.

Britain ialah negara paling ­teruk terjejas di Eropah akibat wabak Covid-19 dengan men­catat hampir 95,000 kematian.

Sebuah laporan jawatankuasa saintifik mendapati etnik minoriti di Britain mempunyai kadar ketidakpercayaan yang lebih tinggi ter­hadap vaksin berbanding populasi lain di negara itu.

Satu kaji selidik mendapati 72 peratus responden menyatakan mereka enggan terima vaksin.

Data mendapati 42 peratus res­ponden itu ada latar belakang dari Pakistan atau Bangladesh.

Golongan imam kini meneruskan usaha untuk memulihkan keyakinan kira-kira 2.8 juta umat Islam di Britain.

Ada dalam kalangan masyarakat Islam masih percaya bahawa vaksin koronavirus mengandungi gelatin babi serta alkohol yang dilarang dalam Islam.

Terdapat sebilangan individu pula masih percaya bahawa vaksin akan mengubah DNA dan merupakan proses memasukkan mikrocip ke dalam badan.

Satu pusat vaksinisasi telah didirikan di sebuah masjid di Birmingham, iaitu bandar kedua terbesar di Britain yang mempunyai ramai penduduk dari Asia Selatan.

Imam Nuru Mohammed menyatakan pembukaan pusat itu akan memberi keyakinan terhadap 2,000 umat Islam di kawasan berkenaan. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI