fbpx

Pematuhan SOP mampu ubah Pasir Puteh kembali ke zon hijau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Kamarulzaman (kiri) meninjau pematuhan SOP peniaga di Pasar Borong Pasir Puteh hari ini.

PASIR PUTEH – Pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang berterusan oleh penduduk di daerah ini mampu mengubah semula status Pasir Puteh daripada zon merah kepada zon hijau.

Berdasarkan rekod, sembilan daripada 10 daerah di Kelantan dikategorikan sebagai zon merah manakala hanya satu daerah zon kuning iaitu Jeli.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Bencana Daerah Pasir Puteh, Mohd. Kamarulzaman Ab. Wahab, berdasarkan operasi yang dijalankan, dianggarkan lebih 90 peratus penduduk di daerah ini akur perintah dan tidak melanggar SOP.

Katanya, operasi bersepadu pematuhan SOP yang dijalankan selama lebih tiga jam bersama 75 anggota dan pegawai dari pelbagai agensi hari ini mencatat sifar kompaun.

“Kawasan rekreasi Pantai Bisikan Bayu, Pantai Tok Bali, Pantai Dalam Rhu, Air Terjun Jeram Pasu dan Jeram Mengaji di sini sunyi tanpa pengunjung apabila orang ramai faham dan akur terhadap peraturan yang dikuatkuasakan.

“Sekiranya keadaan ini berterusan dengan semua individu mematuhi SOP, tidak mustahil Pasir Puteh akan kembali menjadi zon hijau tidak lama lagi,” katanya pada sidang akhbar di Pasar Siti Hajar di sini hari ini.

Terdahulu, pihak berkuasa tempatan (PBT) bersama pegawai Majlis Keselamatan Negara (MKN) Kelantan, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam (APM), Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) memantau semua kawasan rekreasi di daerah ini.

Selain itu, kesemua pihak yang terlibat turut membuat serbuan mengejut di Pasir Borong dan Pasir Siti Hajar di sini.

Hadir sama, Ketua Penolong Pengarah MKN Kelantan, Hishamuddin Ab. Rashid.

Mengulas lanjut, menurut Mohd. Mohd. Kamarulzaman, pihak JBPM sentiasa memantau proses sanitasi nyah kuman secara berkala yang dijalankan di kawasan tumpuan awam terutamanya di Pasar Borong, Pasar Siti Hajar dan Pasar Siti Sarah di Selising.

“Premis perniagaan termasuk pasar raya di daerah ini turut mematuhi SOP iaitu tidak membenarkan kanak-kanak dan remaja bawah 18 tahun masuk ke premis mereka,” katanya. – K! ONLINE.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI