fbpx

Kemusnahan mesti dipulihkan walau bukan kawasan air terjun 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noor Ismady bercakap kepada penberita ketika meninjau kemusnahan Air Terjun Tanjung Batu yang musnah akibat kegiatan kuari di kawasan bersebelahannya baru-baru ini. Foto- SHARANI ISMAIL

IPOH – Kemusnahan yang berlaku akibat kegiatan kuari tanpa pemantauan ketat di Hutan Simpan Segari Melintang dekat Manjung mesti dipulihkan meskipun ia didakwa hanya membabitkan alur air yang muncul ketika hujan.

Timbalan Pengerusi Persatuan Aktivis Sahabat Alam Malaysia (Kuasa), Noor Ismady Ahmad Radzuan berkata, kemusnahan memang sudah berlaku dan ia disahkan sendiri Jabatan Alam Sekitar (JAS).

Katanya, pihaknyaa mengakui mungkin berlaku kesilapan ketika isu itu mula tular berkenaan kedudukan air terjun kerana terdapat dua air terjun bersebelahan di kawasan itu.

“Untuk mengatakan ia hanya alur air yang muncul selepas hujan adalah tidak munasabah, kerana air di kawasan itu tetap mengalir walaupun ketika musim kering, kawasan berair juga bertingkat.

“Orang kampung memanggil kawasan itu sebagai Tanjung Batu, tetapi ada juga yang memanggilnya sebagai Teluk Sera, di situ ada kekeliruan oleh penggiat alam sekitar dan penduduk kampung, gambar tersebar adalah di lokasi yang tak terjejas.

“Apa pun, kawasan yang media dibawa melawat memang berlaku kemusnahan teruk dan ia diakui sendiri oleh JAS ” katanya di sini hari ini.

Noor Ismady turut tidak menolak kemungkinan akan ada ketidakpatuhan lain jika pemeriksaan lanjut dijalankan di kawasan itu. -K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI