fbpx

Kain rentang ‘Kawasan Wabak Covid -19’ jejaskan perniagaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kain rentang ‘Kawasan Wabak Covid-19’ yang dipasang di sekitar Ketereh.

KETEREH – Peniaga di sekitar daerah ini merayu agar Majlis Daerah Ketereh (MDK) segera mencabut kain rentang bertulis ‘Kawasan Wabak Covid -19’ yang dipasang di hadapan premis mereka.

Kebanyakan peniaga berpendapat bahawa pemasangan kain rentang itu menjejas pendapatan mereka yang sudah semakin teruk sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada minggu lalu.

Ada antara peniaga mendakwa pendapatan mereka terjejas hampir 70 peratus lebih-lebih lagi pelanggan kini tidak boleh duduk dan makan di kedai.

Seorang peniaga kedai makan, Mohd. Alamin Hamzah, 48, berkata, pemasangan kain rentang berhampiran premisnya sekali gus menyebabkan pelanggan takut untuk berhenti dan membuat pesanan makanan.

“Saya tidak menghalang pemasangan kain rentang kerana memang kawasan berhampiran ini berisiko, namun lebih baik ia di pasang jauh dari premis perniagaan.

“Ini boleh menimbulkan keraguan terhadap orang ramai yang hendak membeli makanan kerana mereka makin takut dengan penularan wabak Covid -19 yang semakin meningkat di negeri,” katanya ditemui Kosmo! di sini hari.

Mohd. Alamin berkata, dia sudah memaklumkan perkara itu kepada MDK berhubung masalah berkenaan agar ia di pasang di kawasan yang betul.

Katanya, dia berharap kawasan perniagaan tidak perlu dipasang kain rentang itu kerana ramai peniaga yang sudah buntu selepas menanggung kerugian semasa PKP.

Dia mencadangkan agar kain rentang itu dipasang di tepi jalan-jalan utama yang merupakan laluan pengguna jalan raya. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI