fbpx

Hakim kes SRC Najib dipindah ke Mahkamah Sivil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHD. NAZLAN MOHD. GHAZALI

KUALA LUMPUR – Hakim Mahkamah Tinggi Mohd. Nazlan Mohd. Ghazali yang sebelum ini mendengar kes dan menjatuhkan hukuman terhadap bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam kes SRC International dipindahkan ke Mahkamah Sivil bermula Mac ini.

Perkara itu dimaklumkan kepada semua anggota Majlis Peguam dalam satu surat pekeliling yang dikeluarkan semalam.

Arahan pemindahan Mohd. Nazlan dari Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur (Jenayah 3) ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur (NCvC 2) itu dikeluarkan oleh Ketua Hakim Malaya Datuk Seri Azahar Mohamed yang akan berkuatkuasa pada 1 Mac ini.

Sementara itu, seorang peguam Muhammad Amin Abdullah ketika dihubungi mengesahkan terdapat surat pekeliling tersebut bertarikh 22 Januari yang disampaikan oleh Setiausaha Badan Peguam Malaysia A G Kalidas.

Dalam pada itu Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia (PKPMP) ketika dihubungi mengesahkan mengenai pertukaran hakim tersebut.

Menurut PKMP, pertukaran itu adalah amalan biasa untuk hakim-hakim.

“Mohd. Nazlan sebelum ini merupakan Hakim Mahkamah Tinggi Komersial sebelum berpindah ke Mahkamah Tinggi Jenayah dan mempunyai pengalaman serta kepakaran dalam hal-hal berkaitan kes sivil dan komersial.

“Sebarang kes jenayah yang telah didengar oleh Mohd. Nazlan akan diterus didengar sehingga selesai walaupun selepas tarikh kuat kuasa pertukaran pada 1 Mac nanti, ” katanya.

Pada 28 Julai tahun lalu, Mohd. Nazlan menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta terhadap Najib selepas didapati bersalah terhadap tujuh tuduhan pecah amanah, menyalahgunakan kedudukan dan pengubahan wang haram dana RM42 juta milik SRC International Sdn. Bhd.

Meskipun dipindahkan, Mohd. Nazlan masih perlu mendengar dan memutuskan penghakimannya bagi kes-kes lain yang telah ditetapkan antaranya keputusan kes membabitkan bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad yang didakwa atas pertuduhan rasuah pada 3 Februari ini.

Selain itu ialah kes lucut hak 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) bernilai AS$340 juta ke atas PetroSaudi International Limited. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI