fbpx
Noor Hisham

Petugas barisan hadapan berdepan kelesuan mental, fizikal 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah mengakui ramai dalam kalangan petugas kesihatan dan barisan hadapan serta pengurusan berdepan kelesuan mental dan fizikal sepanjang berdepan ‘perang’ melawan Covid-19.

Menurutnya, ia adalah cabaran yang perlu dihadapi oleh petugas di Kementerian Kesihatan (KKM) dan barisan hadapan yang lain.

“Inilah cabaran yang perlu dihadapi dan ia bukan mudah. Kita kena berperang melawan Covid-19 kerana tiada cara lain. Kita sudah berperang dengan Covid-19 untuk tempoh yang agak lama iaitu lebih setahun.

“Kita juga tidak nampak lagi penghujung pertempuran atau peperangan melawan Covid-19 ini,” katanya pada sidang akhbar hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tahap kelesuan mental dan fizikal dihadapi barisan hadapan yang kini sudah memasuki fasa yang membimbangkan.

Katanya, pihaknya kini sedang melihat pelbagai langkah sesuai bagi memastikan petugas yang terjejas ini diberi ruang untuk kurangkan tekanan dihadapi termasuk menerusi penggiliran dalam bertugas.

Noor Hisham berkata, pihaknya ada menyediakan perkhidmatan mental dan sokongan psikososial yang sudah beroperasi sejak Januari 2020.

Menurutnya, mereka yang terjejas boleh menghubungi talian sokongan psikososial supaya mereka dapat berkongsi masalah yang dialami.

“Kami akan berusaha sedaya mungkin untuk mengubah situasi di tempat kerja dan melihat kepada penggantian tugas yang bertugas di lapangan,” katanya. – K! ONLINE

POPULAR