fbpx

Dua lelaki Bangladesh ditahan cuba rasuah polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua warga Bangladesh ditahan kerana cuba memberi rasuah kepada anggota polis di SJR BKE Lunas semalam.

KULIM – Dua lelaki Bangladesh ditahan kerana disyaki cuba memberi rasuah kepada seorang anggota polis yang bertugas di sekatan jalan raya (SJR) di Lebuh Raya Butterworth-Kulim (BKE) berhampiran tol Lunas dekat sini semalam.

Dua warga asing berusia 27 dan 30 tahun itu ditahan ketika dalam perjalanan ke Kulim dengan menaiki sebuah teksi kira-kira pukul 3.30 petang.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Azhar Hashim berkata, pemeriksaan yang dilakukan petugas SJR mendapati dua lelaki terbabit tidak mempunyai dokumen perjalanan sah dan permit rentas negeri.

“Salah seorang daripada warga asing itu cuba memberi rasuah wang tunai sebanyak RM500 kepada seorang anggota yang bertugas.

“Anggota memberi amaran kepada lelaki terbabit supaya tidak melakukan perbuatan tersebut namun selepas dua kali memberi amaran, suspek terus cuba merasuah anggota bertugas,” katanya di sini hari ini.

Katanya, kedua-dua warga asing berkenaan kemudian ditahan polis untuk siasatan lanjut. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI