fbpx

Bekas Ketua Sumber Manusia didakwa palsukan invois

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noor Marliza mengaku tidak bersalah palsukan dokumen untuk menipu bernilai RM52,500.

SHAH ALAM – Seorang bekas ketua Bahagian Sumber Manusia Puspakom Sdn. Bhd didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini atas dua pertuduhan termasuk pertuduhan pilihan iaitu memalsukan dokumen bernilai RM52,500, lima tahun lalu.

Tertuduh, Noor Marliza Ishak, 48, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Rihaida Rafie.

Mengikut kedua-dua pertuduhan, tertuduh didakwa memalsukan dokumen iaitu invois Kezens Gale bernilai RM52,500 dengan tujuan menipu.

Kesalahan itu dilakukan di Pejabat Puspakom , Wisma DRB Hicom, Seksyen U1 pada 24 Jun 2016.

Bagi pertuduhan asal, Noor Maliza boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali mengikut Seksyen 468 Kanun Keseksaan (KK).

Tertuduh juga boleh dihukum penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali mengikut Seksyen 471KK dan boleh dihukum dibawa Seksyen 465 akta sama untuk pertuduhan pilihan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Zander Lim Woi Keong menawarkan ikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin.

Bagaimanapun, tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon jaminan dikurangkan kepada RM2,000 berikutan tidak mempunyai pendapatan yang mencukupi membayarnya.

Mahkamah membenarkan permohonan pihak pendakwaan dan tarikh sebutan semula kes ditetapkan 27 Januari depan. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI