fbpx

Vaksin Covid-19 dicuri di Mexico

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

BANDAR RAYA MEXICO – Pihak berkuasa Mexico menyiasat kes kecurian sejumlah vaksin koronavirus dari sebuah hospital kerajaan, kata pihak tentera kelmarin.

Mexico merupakan antara negara yang mencatat jumlah kes kematian tertinggi akibat Covid-19. Kerajaan negara itu mengerahkan tentera untuk menjaga bekalan vaksin serta melindunginya daripada jatuh ke tangan kumpulan penjenayah.

Menurut pihak tentera, bekalan vaksin itu dicuri semasa berada di bawah kawalan sebuah institusi kesihatan awam di tengah negeri Morelos dengan kawalan keselamatan di situ diuruskan oleh sebuah firma swasta.

“Kecurian ini disebabkan perbuatan tidak jujur untuk kepentingan sendiri oleh seorang kakitangan pemvaksinan hospital,” kata tentera dalam satu kenyataan.

Kerajaan Mexico telah berjanji untuk menjadikan kempen vaksinasi percuma di seluruh negara yang mempunyai populasi hampir 129 juta orang itu sekali gus cabaran besar dari segi logistik. Golongan pertama yang menerima suntikan vaksin Covid-19 adalah kumpulan barisan hadapan terdiri daripada pekerja kesihatan.

Mexico secara rasmi mencatat lebih 140,000 kes kematian akibat Covid-19 iaitu keempat tinggi di dunia selepas Amerika Syarikat (AS), Brazil dan India.

Negara itu memulakan program pemvaksinan besar-besaran pada 24 Disember tahun lalu menggunakan vaksin koronavirus buatan farmaseutikal AS, Pfizer dan rakan kongsinya dari i Jerman, BioNTech tetapi terhalang akibat kekurangan bekalan. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI