fbpx

Tangguh penggambaran di negeri PKP, segera pulang – Finas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AHMAD IDHAM

PETALING JAYA – Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) menyeru semua syarikat produksi yang sedang menjalankan penggambaran di negeri-negeri terlibat dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ditangguhkan dalam kadar segera.

Ketua Pegawai Eksekutif Finas, Ahmad Idham Ahmad Nadzri berkata, tindakan tersebut bagi mengelakkan sebarang kesulitan dan kekangan sebelum pelaksanaan PKP di seluruh negara kecuali di Sarawak.

“Finas mencadangkan kepada mana-mana syarikat produksi yang sedang menjalankan aktiviti penggambaran di negeri yang dikuatkuasakan PKP untuk segera pulang ke ibu kota.

“Hal ini untuk mengelakkan sebarang kekangan dan kesulitan sebelum perlaksanaan PKP di seluruh negara kecuali negeri Sarawak berkuat kuasa pada 22 Januari ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah Idham, pihaknya juga sudah mendapatkan pencerahan daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) berhubung perkara tersebut.

“Finas melalui Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) sudah mendapatkan pencerahan daripada pihak MKN berhubung perkara itu.

“Sehubungan itu, Finas mencadangkan kepada mana-mana syarikat produksi yang ingin melakukan perjalanan pulang membabitkan pergerakan rentas negeri perlulah mendapatkan kelulusan pergerakan merentas daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan menyertakan Sijil Perakuan Penggambaran (SPP) yang dikeluarkan oleh Finas sebagai dokumen sokongan,” katanya.

Terdahulu, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam mengumumkan mengenai perlaksanaan PKP di seluruh negara kecuali Sarawak bermula 22 Januari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI